To produce graduates who are competent in the field of Sports Science, Physical Education, Sport Coaching and able to become an administrator, trainer and manager, who is knowledge-able, creative, and innovative and possess values and professional. To produce graduate educators who are exceptional and are able to apply their expertise in the field of research and sports science development.
(Malay translation)
Visi – Menjadi Fakulti yang bitara, cemerlang dalam kepemimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.
Misi – Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.
(Malay Version Only)
Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti maklumat berikut:
- Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh 5 minit
- Memastikan buku panduan akademik Fakulti boleh diakses dalam tempoh 3 minggu dari kemasukan pelajar baharu pada sesi akademik
- Memastikan RI boleh dicapai dalam MyGURU pada minggu pertama kuliah
- Memastikan markah kerja kursus dipaparkan untuk semakan pelajar pada minggu ke-13 kuliah
- Memastikan pelajar menerima bimbingan dan penasihatan akademik sekurang-kurangnya 3 kali pada setiap semester.
- Memastikan semua permohonan menjalankan aktiviti/ program yang lengkap untuk kelulusan diberi maklum balas dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Memastikan peralatan dan perkakasan untuk makmal/bengkel/stor/studio sedia digunakan selewat-lewatnya 10 minit sebelum kuliah bermula.
- Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh 1 hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.
(Malay Version Only)
Dasar Kualiti Universiti
UPSI beriltizam menjadi universiti yang bitara dalam kepimpinan pendidikan menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan semua proses sokongan secara berterusan untuk memenuhi kehendak kehendak pihak berkepentingan yang ditetapkan dalam Sistem Pengurusan Kualiti UPSI MS ISO 9001: 2015
Dasar Kualiti Fakulti
Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan beriltizam memajukan ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam bidang Sains Sukan, Sains Kejurulatihan dan Sains Kesihatan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan serta melaksanakan pembaikan berterusan untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan berkualiti.
Dasar ini menjadi rangka kerja pembentukan dan penilaian objektif kualiti serta panduan kepada staf untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap, kreatif dan inovatif.
Objektif Kualiti Fakulti
Melahirkan graduan yang kreatif dan inovatif yang mampu menempa kejayaan dan kecemerlangan dalam aspek Sains Sukan, Pendidikan Jasmani, Sains Kejurulatihan, Rehabilitasi Sukan dan Psikologi Sukan berdasarkan objektif kualiti fakulti iaitu:
- Nisbah pensyarah-pensyarah bagi jumlah pelajar sepenuh masa adalah seperti yang ditetapkan oleh MQA.
- Sekurang-kurangnya 95% pelajar sepenuh masa peringkat Ijazah Sarjana Muda bergraduat dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Memastikan 95% pensyarah mendapat penilaian baik (sekurang-kurangnya 80%) dalam penilaian pembelajaran oleh pelajar untuk setiap semester.
- Memastikan 80% daripada kursus yang dinilai mendapat penilaian baik (sekurang-kurangnya 80%) dalam penilaian pembelajaran oleh pelajar untuk setiap semester.
- Mencapai sekurang-kurangnya 95% jumlah kursus yang ditawarkan bagi tahap baik di dalam indeks pemantauan hasil pembelajaran (CLOM) bagi setiap semester.
- Sekurang-kurangnya 75% daripada staf akademik sebagai penyelidik utama.
- Memastikan setiap pensyarah menghasilkan artikel ilmiah sama ada dalam jurnal ataupun prosiding berdasarkan kepada KPI pensyarah.
- Memastikan 85% pelajar dan staf UPSI berpuashati dengan persekitaran dan kemudahan yang disediakan.
- Memastikan 100% cadangan dan aduan rasmi diberi maklumbalas dalam tempoh satu (1) hari bekerja.