MENGENAI KAMI

Penubuhan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) bermula 1 Jun 2010 telah diluluskan oleh Senat dan Kementerian Pengajian Tinggi pada 1 Februari 2005. Tugas utama Fakulti adalah menghasilkan graduan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan dalam bidang Sains Sukan, Pendidikan Jasmani, Sains Kejurulatihan, Rehabilitasi Sukan dan Psikologi Sukan. Program pengajian yang ditawarkan di Fakulti adalah berteraskan disiplin ilmu Sains Sukan yang merentasi disiplin ilmu dalam Asas Sains, Matematik, Pendidikan dan Sains Sosial.

Fakulti ini menjadi pusat latihan serta pengembangan profesional bagi semua golongan yang terlibat dengan bidang pendidikan serta menjadi pusat kecemerlangan dalam akademik dan profesional khusus dalam bidang Sains Sukan, Pendidikan Jasmani, Sains Kejurulatihan Rehabilitasi Sukan dan Psikologi Sukan. Fakulti ini menawarkan kursus Diploma Sains Sukan dan Kejurulatihan, kursus-kursus Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Sains Sukan, Psikologi Sukan, Sains Kejurulatihan dan Pendidikan Jasmani.

Kursus peringkat pasca siswazah yang ditawarkan ialah Sarjana Pendidikan (Sains Sukan), Sarjana Pendidikan (Pendidikan Jasmani), Sarjana Pendidikan (Sains Kesihatan), Sarjana Sains (Psikologi Sukan), Sarjana Sains (Kejurulatihan Sukan) dan Doktor Falsafah (Pendidikan Sains Sukan), Doktor Falsafah (Pendidikan Jasmani), Doktor Falsafah (Psikologi Sukan), Doktor Falsafah (Kejurulatihan Sukan), Doktor Falsafah (Pendidikan Kesihatan). 

Amanat Dekan

Dr. Jaffry Bin Zakaria

Welcome to the virtual window the Faculty of Sports Science and Coaching UPSI.
Our mission is to fosters future educationist and technologist with the zeal to learn and contribute to society and humankind. FSSK is recognised as a multi-faceted and a vibrant environment where high-quality academic programs provide students with the skills necessary to make a difference in their future schools, organisations and communities.

Do enjoy your visit to our website. You’ll know more about us, and we look forward to your support.

AKTIVITI TERKINI

AKTIVITI TERKINI DI FSSK

GALERI